Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 9.30 pagi dan diiringi oleh seorang ahli keluarga.

Pada 14 Mei lalu, Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu menyatakan kesediaannya untuk tampil bagi membantu siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik 1MDB.

1MDB bermula sebagai Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA), iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat yang bertujuan memberi pembangunan ekonomi kepada negeri Terengganu untuk jangka masa panjang dan melestarikan sosio-ekonomi.

Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009.