Home Semasa Ketua hakim negara letak jawatan

Ketua hakim negara letak jawatan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Tun Raus Sharif meletakan jawatan sebagai ketua hakim negara manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula berundur sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia menyebut kedua-dua mereka mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun lalu.

Peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 31 Julai, menurut kenyataan itu lagi.

“Peletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun 2018 dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara bertarikh 11 Jun 2018,” kata pejabat itu.

Dalam kenyataan hari ini, pejabat Ketua Pendaftar juga berkata ada 15 Mei lalu Raus dan Zulkefli bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahthir Mohamada dan menyampaikan hasrat berundur.

“Bagaimanapun, Yang Amat Arif-Yang Amat Arif telah memaklumkan kepada YAB perdana menteri bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan,” menurut kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply