Home Pertahanan dan Keselamatan Penempatan helikopter tempur di Lahad Datu belum diketahui

Penempatan helikopter tempur di Lahad Datu belum diketahui

by Noor Sheila Amin

TAWAU, 10 Jun – Belum ada sebarang perkhabaran baharu mengenai perkembangan perancangan awal Tentera Darat Malaysia (TDM) menempatkan helikopter tempur di Lahad Datu untuk memantau Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Panglima Operasi Udara TUDM Lef Jen. Dato’ Sri Abdul Mutalib Datuk Ab Wahab berkata mengikut perancangan awal, helikopter tempur terbabit akan menjadi milik TDM jika sudah ditempatkan di Lahad Datu.

“Saya kurang pasti samada dengan perubahan kerajaan kali ini (Kerajaan Baharu), (jika) perancangan itu akan diteruskan atau di status quo’kan, kita belum dapat lagi maklumat terperinci,” katanya, di sini pada Khamis.

ABDUL Mutalib berkata TUDM sentiasa bersiap-siaga mengawasi sempadan dan perairan negara termasuk di kawasan Esszone menerusi aset-aset yang ditempatkan di Pulau Labuan.

Menurutnya lagi, TUDM juga akan bertindak jika ada keperluan sahaja, terutama sekali melibatkan helikopter dan pasukan khas untuk digerakkan ke kawasan operasi.

“Sepanjang raya ini, anggota kita di Labuan juga sentiasa bersiap-sedia,” katanya, sambil mengesahkan sebuah helikopter ditempatkan di Pusat Bantuan Operasi Udara Tawau.

Mengulas lanjut, beliau berkata TUDM mempunyai pesawat angkut selain pesawat pejuang di Pangkalan Udara Labuan yang sentiasa sedia digerakkan tanpa mengira masa.

Malah, sekiranya keadaan memerlukan, TUDM boleh mengerahkan pesawat pejuang (Hawk) untuk menangani sebarang kejadian yang tidak diingini di kawasan operasi.

“Kalau ada kawalan dan pengusiran, kita akan hantar dari Labuan termasuklah untuk melakukan rondaan di kawasan Laut Sulu serta kawasan ‘pertindihan isu’,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply