Home SemasaGlobal Qatar tidak diterima NATO

Qatar tidak diterima NATO

by Noor Sheila Amin

Brussels, 9 Jun – Perikatan ketenteraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menolak harapan Qatar untuk menyertai pertubuhan itu kerana keanggotaannya hanya untuk Amerika Syarikat dan negara Eropah.

“Menurut Artikel 10 Perjanjian Washington, hanya negara Eropah boleh menjadi anggota NATO,” kata pegawai pertubuhan disertai 29 negara itu.

Menurutnya, Qatar adalah rakan yang berharga dan setia kepada NATO.

Menteri Pertahanan Qatar, Khalid bin Mohamed Al-Attiyah berkata, impian strategik jangka panjang negara itu ialah menyertai NATO.

Bercakap sempena setahun pertikaian diplomatik negara Teluk, yang menyaksikan Qatar dipulau, Khalid memberitahu majalah rasmi Kementerian Pertahanan Qatar, Altalaya, negara itu mahu menjadi ahli penuh NATO.

Menurut beliau, Doha mampu menjadi tuan rumah unit tertentu NATO atau sebagai pusat khas.

Kenyataan Khalid itu dibuat ketika rantau berkenaan berdepan suasana politik sensitif.

Setahun lalu, pada 5 Jun 2017 sekumpulan negara termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar, menuduhnya menyokong kumpulan pengganas dan Iran.

Baru-baru ini, Arab Saudi mengancam menyerang Qatar jika negara itu dilengkapi sistem pertahanan udara paling moden Russia, S-400. – AFP

Related Articles

Leave a Reply