Datuk Seri Najib berkata, beliau terkejut apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad secara lewa menyatakan negara tidak akan untung sesen berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) dan akan membayar pampasan RM500 juta kepada Singapura.

Kata Najib, sebaliknya Perdana Menteri itu perlu bertanggungjawab menjalankan kajian terperinci dan memberikan penerangan yang komprehensif kepada rakyat serta pelabur tentang analisis kos dan manfaat projek ini secara keseluruhan dan bukannya mengambil mudah dengan memberikan jawapan cetek tanpa membuat kajian teliti.

“Ya, Pakatan Harapan diberikan kepercayaan rakyat mentadbir negara tetapi jangan pandang ringan kepercayaan ini dengan memberi justifikasi sambil lewa dalam semua keputusan yang mereka ambil.

“Rakyat bijak menilai,” katanya menerusi sebuah klip video berdurasi 2 minit 49 saat yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, hari ini