Home SemasaGlobal Trump akan jumpa Jong-un di Singapura

Trump akan jumpa Jong-un di Singapura

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 2 Jun – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan hari ini bahawa sidang kemuncaknya dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un akan diteruskan seperti yang dirancang pada 12 Jun di Singapura.

Ia disahkan selepas perbincangan terdahulu di Pejabat Oval dengan utusan tertinggi dari Pyongyang.

Mengakui berurusan dengan Korea Utara ‘akan menjadi satu proses,’ Trump berkata beliau percaya proses itu akan berjaya akhirnya.

Trump berkata surat dari Jong Un, yang disampaikan sendiri oleh Kim Yong Chol, adalah ‘sangat baik’ dan ‘sangat menarik,’ tanpa mendedahkan kandungannya. – AFP

Related Articles

Leave a Reply