Home Pertahanan dan Keselamatan Anak Sarawak jadi Panglima Medan Timur TD

Anak Sarawak jadi Panglima Medan Timur TD

by Noor Sheila Amin

KUCHING, 29 Mei – Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw kini secara rasminya dilantik sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat (TD) Ke-2 bagi menggantikan Leftenan Jeneral Dato’ Wira Mohd Zaki Haji Mokhtar yang bersara semalam.

Satu majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Medan Timur Tentera Darat dan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia telah berlangsung di Kem Muara Tuang, semalam.

Upacara perbarisan dimulakan dengan Serah Terima Tugas Panglima 1 Divisyen di antara Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan Mejar Jeneral Toh Choon Siang sebagai Panglima Divisyen 1 Divisyen Ke-26. Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Panglima 1 Divisyen serta penyerahan Tongkat Kuasa ini telah disaksikan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Wira Mohd Zaki Haji Mokhtar, Panglima Medan Timur Tentera Darat.

Serah Terima Tugas Panglima 1 Divisyen di antara Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan Mejar Jeneral Toh Choon Siang

Acara kemudiannya diteruskan dengan upacara Serah Terima Tugas Panglima Medan Timur Tentera Darat diantara Leftenan Jeneral Dato’ Wira Mohd Zaki Haji Mokhtar dan Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas, penyerahan Tongkat Kuasa dan Bendera Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat telah disaksikan oleh Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Darat.

Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas

Turut hadir ke majlis ini adalah Mejar Jeneral Dato’ Zulkapri Rahamat, Panglima Angkatan Petugas 450, Panglima-panglima Formasi, Pegawai-pegawai Kanan, Pengerusi serta Ahli BAKAT di bawah naungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat.

Related Articles

Leave a Reply