Home PolitikPakatan Harapan Unit baharu diwujudkan pantau perkembangan KPI kementerian Sabah

Unit baharu diwujudkan pantau perkembangan KPI kementerian Sabah

by Air Times News Network

PENAMPANG, 28 Mei – Kerajaan negeri akan mewujudkan unit baharu bagi memantau perkembangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap kementerian di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata penilaian terhadap setiap kementerian itu akan dilaporkan setiap tahun.

“Kita (kerajaan negeri) mempunyai peranan bagi memastikan rakyat merasa kekayaan yang ada di Sabah ini,” katanya pada majlis kesyukuran Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Penampang di sini malam tadi.

Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan berkata akan meneliti penyambungan perkhidmatan penjawat awam negeri yang melepasi usia 58 tahun.

Katanya langkah ini diambil kerajaan negeri baharu itu bagi memastikan peluang kenaikan pangkat golongan muda dalam perkhidmatan awam negeri tidak terbantut.

Related Articles

Leave a Reply