Home Pertahanan dan Keselamatan 8 RAMD patahkan cubaan seludup barangan berjumlah RM175, 280

8 RAMD patahkan cubaan seludup barangan berjumlah RM175, 280

by Nurulhuda

RANTAU PANJANG, 27 Mei  – Pasukan Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) berjaya mematahkan cubaan seludup barangan berjumlah RM175, 280, sepanjang 2 April sehingga 25 Mei lalu.

Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ramli Jaafar berkata, menerusi Ops Merpati dan Ops Wawasan, sebanyak 11 rampasan barang bersama tuan dan 14 rampasan barang tanpa tuan berjaya ditumpaskan.

Menurutnya, antara barangan tersebut ialah beras, daun ketum dan minyak diesel malah pihaknya turut menangkap 13 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba membolosi sempadan.

“Rampasan beras mencatatkan jumlah tertinggi iaitu lebih RM32,000 manakala mercun mencecah rampasan sebanyak RM7,000.

“Memandangkan Aidilfitri semakin hampir, kita jangka jumlah rampasan melibatkan mercun dan beras akan meningkat ekoran permintaan yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan 8 RAMD yang diketuai Lt Kol Zulkernain Ayob bersama 14 pegawai dan 275 anggota di atas kecemerlangan sepanjang operasi berlangsung.

Katanya, beliau berpuas hati dengan gerak kerja pasukan itu kerana berjaya merampas dan menghalang aktiviti penyeludupan haram di sepanjang kawasan sempadan Malaysia Thailand.

Terdahulu Ramli menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Panglima 2 Div di Kem To’ O, malam semalam.

Related Articles

Leave a Reply