Home SemasaGlobal Nicolas Maduro usir dua diplomat AS

Nicolas Maduro usir dua diplomat AS

by Noor Sheila Amin

CARACAS, 23 Mei – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro hari ini mengarahkan pengusiran dua diplomat tertinggi Amerika Syarikat (AS) di sini sebagai tindak balas terhadap pusingan baru sekatan yang dikenakan oleh AS.

AS mengecam keputusan pilihan raya Venezuela yang didakwa terpalit konspirasi dan tidak memenuhi standard demokratik. Dakwaan itu dinafikan Jabatan Negeri Venezuela.

Maduro, 55 yang menggantikan Hugo Chavez, memenangi pemilihan semula dengan mudah, namun pengkritik mendakwa undian itu penuh dengan penyelewengan. Ia termasuk sekatan ke atas dua calon pembangkang yang popular dan tawaran hadiah kerajaan kepada pengundi.

Isnin lalu, Presiden Donald Trump memberi maklum balas dengan mengeluarkan perintah eksekutif untuk membatasi kemampuan Venezuela menjual aset negara.

Madurao mengarahkan dua duta AS, Todd Robinson dan Brian Naranjo meninggalkan negara itu dalam masa 48 jam atas tuduhan ‘konspirasi ketenteraan’.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai tuduhan itu, tetapi berkata Kedutaan AS mencampuri isu ketenteraan, ekonomi dan politik, dan berikrar akan segera mengemukakan bukti. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply