Home SemasaGlobal Siasatan segera keatas Israel – Riyad al-Maliki

Siasatan segera keatas Israel – Riyad al-Maliki

by Noor Sheila Amin

THE HAGUE – BELANDA, 23 Mei – Menteri Luar Palestin semalam menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka siasatan segera terhadap dakwaan jenayah perang dan aparteid yang dilakukan ke atas rakyatnya.

Riyad al-Maliki bertemu ketua pendakwa raya ICC, Fatou Bensouda untuk memaklumkan situasi terkini Palestin.

Maliki menegaskan, siasatan segera diperlukan berikutan peningkatan kekejaman terhadap rakyat Palestin termasuklah tindakan rejim Zionis menembak penunjuk perasaan tidak bersenjata di Semenanjung Gaza.

Menurutnya, terdapat bukti ‘yang terlalu besar untuk ditangani’ berhubung jenayah itu, sambil menambah pihak yang terbabit perlu dipertanggungjawabkan segera.

“Israel mengekalkan, meluaskan dan melindungi penempatan rejim dengan melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah aparteid ke atas rakyat Palestin,” ujarnya.

Bensouda berkata, ICC melancarkan siasatan awal pada 2015 terhadap dakwaan jenayah perang dan kemanusiaan oleh Israel susulan perang Gaza bagaimanapun ia masih belum membuka siasatan penuh, yang mungkin menjurus kepada dakwaan utama dikemukakan.

Pertemuan di ICC itu berlaku selepas lebih 60 rakyat Palestin maut minggu lalu ketika membantah keputusan Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. – AFP

Related Articles

Leave a Reply