Home SemasaGlobal Kapal selam baharu perkukuh perairan Indonesia

Kapal selam baharu perkukuh perairan Indonesia

by M.Daim

JAKARTA, 18 Mei – Kapal selam kedua kelas Cakra untuk Indonesia keluaran DSME, Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Ardadedali telah tiba di negara itu semalam.

KRI Ardadedali yang bernombor pennant 404 itu merupakan kapal selam kelas 209/400 (Chan Bogo) keluaran DSME berlayar dari Korea Selatan pada 30 April lalu.

Ketua Staf Angkatan Laut, Laksamana TNI Ade Supandi menyatakan perolehan kapal selam sebegini merupakan salah satu jujukan program jangka panjang TNI AL. Beliau menambah, aset dan persenjataan yang melebihi usia 25 ke 30 tahun ke atas adalah wajar diganti.

Kehadiran KRI Ardadedali  adalah hasil daripada Rencana Strategik (RENSTRA) Minimum Essential Force TNI yang menyaksikan perolehan 3 buah kapal selam kelas Cakra dari Korea Selatan.

Kapal selama kelas 209/400 mampu untuk menyelam pada kelajuan 21 knot dan berlayar pada kelajuan 12 knot di permukaan serta beroperasi selama 50 hari.

KRI Ardadedali merupakan kapal selam kedua kelas Cakra selepas KRI Nagapasa. Indonesia kini menanti kehadiran kapal selam ketiga kelas Cakra iaitu KRI Alugoro.

 

Related Articles

Leave a Reply