Home Semasa Awas akaun palsu Mat Sabu

Awas akaun palsu Mat Sabu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Haji Mohamad Sabu hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mengenai beberapa akaun media sosial palsu yang menggunakan nama beliau.

Presiden Amanah memaklumkan bahawa akaun twitter rasmi beliau boleh dicapai di @MSabu_Official, dan msabu_official untuk Instagram. Perkara tersebut dinyatakan di laman rasmi Facebook beliau, Mohamad Sabu.

Kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan di akaun Facebook rasmi Hj Mohamad Sabu.

Pihak beliau menegaskan mana-mana akaun sosial yang didaftarkan yang menggunakan nama beliau, selain daripada ketiga-tiga akaun yang dinyatakan, adalah akaun palsu.

Akaun twitter palsu Haji Mohamad Sabu yang tular adalah palsu (kiri) manakala akaun twitter rasmi yang sebenar adalah @MSabu_Official (kanan). Foto: Air Times

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut setelah beberapa akaun sosial yang didakwa akaun rasmi beliau mula tular di aplikasi Whatsapp dan platform media sosial yang lain.

Akaun Instagram palsu Haji Mohamad Sabu yang palsu turut dikesan (kiri) manakala akaun Instagram rasmi yang sebenar adalah @msabu_official (kanan). Foto: Air Times

Related Articles

Leave a Reply