Home PolitikPakatan Harapan Tun Mahathir menteri pelajaran, Wan Azizah dilantik menteri pembangunan wanita

Tun Mahathir menteri pelajaran, Wan Azizah dilantik menteri pembangunan wanita

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio menteri pelajaran dalam kabinet baru kerajaan.

“Saya ambil alih portfolio pendidikan kerana saya fikir ramai orang tidak berpendidikan di negara ini, jadi saya fikir saya akan beri tumpuan saya.

“Selain itu, saya fikir cara pengajaran kita sudah ketinggalan zaman.

“Hari ini dengan komputer dan peralatan lain, kita harus mencipta cara pengajaran baru,” katanya.

Beliau juga menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diberikan portfolio menteri hal ehwal wanita dan kebajikan.

“Kami akan cuba mendapatkan 13 menteri mengangkat sumpah pada Isnin (21 Mei) jika Istana berkenan,” kata Mahathir pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

Pada 12 Mei lalu, Mahathir mengumumkan pelantikan tiga jawatan kementerian yang paling kanan.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.

Related Articles

Leave a Reply