Home SemasaGlobal 3 maut insiden serangan ibu pejabat polis di Riau

3 maut insiden serangan ibu pejabat polis di Riau

by Noor Sheila Amin

JAKARTA, 16 Mei – Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan menembak mati tiga daripada empat lelaki disyaki pengganas yang menyerang ibu pejabat polis di Pekanbaru, Riau menyebabkan seorang anggota terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Jurucakap polis negara, Setyo Wasisto berkata kumpulan lelaki itu menaiki sebuah kenderaan memasuki perkarangan ibu pejabat polis, lalu menyerang menggunakan pedang samurai sejurus keluar daripada kenderaan.

Setyo berkata, dua anggota mereka cedera dalam serangan itu, manakala seorang lagi terbunuh selepas salah seorang penyerang cuba melarikan diri dengan menaiki kenderaan lalu merempuh anggota terbabit.

“Penyerang yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap dan ditahan di balai polis Pekanbaru,” kata Setyo.

Katanya, dalam kejadian itu seorang wartawan yang berada di ibu pejabat itu turut cedera selepas dilanggar kenderaan terbabit. AFP/Reuters

Related Articles

Leave a Reply