Home Semasa Tun Mahathir terima kunjungan Sultan Brunei

Tun Mahathir terima kunjungan Sultan Brunei

by Nurulhuda

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ketibaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang diiringi anakandanya Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah.

Baginda yang memandu sendiri kenderaan tiba sekitar jam 11.48 pagi di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Pertemuan kedua pemimpin berlangsung sejurus selepas Dr Mahathir mempengerusikan mesyurat bersama Ketua Setiausaha kesemua Kementerian bagi menerangkan fungsi dan peranan kerajaan baru.

Baginda dan anakanda berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana sekitar jam 12.55 tengah hari selepas pertemuam lebih sejam itu.

Terdahulu, ketibaan Baginda disambut isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Related Articles

Leave a Reply