Home Politik Dato’ Seri Azmin Ali Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua

Dato’ Seri Azmin Ali Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua

by Noor Sheila Amin

SHAH ALAM, 11 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Mohamed Azmin, 54, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.

Hadir sama mengiringi baginda semasa istiadat itu ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Mohamed Azmin dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan memperoleh 51 majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Related Articles

Leave a Reply