Home Semasa Istana Negara terima Tun Mahathir menghadap

Istana Negara terima Tun Mahathir menghadap

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Pihak Istana Negara telah menerima dua dokumen penting sebelum memperkenankan pelantikan Perdana Menteri baharu.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dato’ Nik Mohd Shafriman bin Nik Hassan (Dato’ Perwira Raja) telah  menerima keputusan rasmi Pilihanraya Umum ke-14  pada jam 2.45 petang tadi.  Dokumen keputusan itu disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di Istana Negara.

Dato’ Nik Mohd Shafriman juga telah menerima warkah pemakluman yang telah ditandatangani oleh Ketua-ketua dari beberapa buah parti politik. Dokumen tersebut adalah menyuarakan persetujuan bersama untuk menamakan Tun Mahathir Mohammad sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-7.  Warkah pemakluman tersebut diterima pada jam 1.38 petang.

Kedua-dua dokumen yang baru diterima ini akan dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan bagi mengadakan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply