Home PolitikPakatan Harapan Undi kita menentukan nasib kita dan anak cucu kita- Tun M

Undi kita menentukan nasib kita dan anak cucu kita- Tun M

by Nurulhuda

LANGKAWI, 8 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Malaysia keluar mengundi esok dan mengundi simbol PKR bagi memastikan masa depan generasi akan datang terjamin.

Katanya, PRU kali ini bukan semata-mata untuk cari kemenangan bagi parti politik tetapi juga untuk menebus maruah bangsa.

“Esok kita akan mengundi. Mengundi adalah tanggungjawab kita bersama. Undi kita menentukan nasib kita dan anak cucu kita.

“Oleh itu keluarlah beramai-ramai pada 9 Mei dan undilah Pakatan Harapan dengan simbol Keadilannya supaya terselamatlah Malaysia dan akan kembalilah demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang,” katanya dalam satu ucapan khas PRU14 di sini, malam tadi.

Mahathir berkata, tugas dan tanggungjawab pembangkang tidak sahaja setakat membangkang tetapi pembangkang mesti kalahkan BN dan diri kerajaan baru.

Menurutnya, tugas untuk menjatuhkan kerajaan bukan kerja mudah segala-galanya bergantung kepada sokongan menyeluruh dari rakyat kepada gabungan parti pembangkang.

“Hanya jika rakyat sedar akan kerosakan yang telah dilakukan, barulah negara boleh diselamatkan dari malapetaka yang mengancam masa depan kita. Kesedaran rakyat perlu diterjemahkan kepada undi bagi kebaikan.

“Undi rakyat amatlah penting kali ini. Hanya undi kita yang boleh selamatkan negara kita dan nasib buruk yang akan menimpa kita dan anak cucu kita jika kerajaan sekarang diteruskan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply