Home Politik 47 peratus mengundi sehingga jam 12 tengahari – SPR

47 peratus mengundi sehingga jam 12 tengahari – SPR

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata seramai 47 peratus pemilih telah mengundi setakat jam 12 tengah hari ini.

Seramai 14,449,200 pemilih berdaftar bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Tan Sri Hashim menyatakan berdasarkan laporan awal yang diterimanya, proses pengundian di seluruh negara turut berjalan lancar dan berharap sasaran 85 peratus keluar mengundi dapat dicapai.

“Jika diperhatikan sejak pukul 8 pagi kehadiran di pusat mengundi memang ramai dan saya jangkakan tengah hari ini keadaan (akan) jadi reda sedikit.

“Dijangka dalam pukul 2 atau 3 petang sehingga 5 petang kehadiran akan bertambah semula. Ini trend sejak dahulu lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1), di Putrajaya hari ini.

Beliau juga menasihatkan pengundi supaya keluar awal kerana bimbang dengan cuaca pada sebelah petang yang diramalkan hujan di beberapa negeri.

Related Articles

Leave a Reply