Home Politik Tian Chua sebenarnya layak bertanding – N Surendran

Tian Chua sebenarnya layak bertanding – N Surendran

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Apr – Tindakan SPR menolak kelayakan Tian Chua untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 disifatkan sebagai tindakan tidak adil dan mencabar undang-undang.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran.

Pencalonan Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditolak berikutan denda RM2,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Shah Alam.

Keputusan itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain.

Menurut Surendran, keputusan itu boleh dicabar melalui mahkamah. Beliau merujuk kepada Perkara 48 (1) (e) yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dimana seseorang itu boleh hilang kelayakan menjadi ahli parlimen apabila dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit.

Surendran berkata, hukuman denda yang dikenakan terhadap Tian Chua pada 2 Mac lalu sebenarnya tidak menyebabkan kelayakan pencalonan Naib Presiden PKR itu untuk bertanding pada pilihan raya kali ini terjejas.

Pada 2 Mac 2018, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman denda RM 2,000 terhadap Tian Chua.
“Keputusan menolak kelayakan Tian Chua di Parlimen Batu adalah tidak boleh diterima dan mencemarkan imej proses pilihan raya,” tegas Surendran yang pada masa sama menyifatkan pegawai SPR tersebut yang dilihat tidak mengetahui rang undang-undang.

Related Articles

Leave a Reply