Home SemasaGlobal Tentera Udara AS uji peluru berpandu ICBM

Tentera Udara AS uji peluru berpandu ICBM

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 26 April – Tentera Udara Amerika Syarikat mengadakan ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Minuteman III semalam dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California.

Menurut kenyataan Pemerintah Serangan Global Tentera Udara, peluru berpandu itu dibedil pada jam 5.26 pagi semalam waktu tempatan dan berjaya.

“Ujian pelancaran boleh dipercayai berlaku apabila peluru berpandu dilancarkan, dilengkapi dengan laluan penerbangan dalam koridor keselamatan ditetapkan, peralatan berfungsi dengan baik, data ukuran dikumpul dan ujian impak kemasukan semula kenderaan yang menjadi sasaran.

“Walaupun ia mencapai sasaran, ujian dan analisis data tidak akan disiarkan kepada umum,” menurut kenyataan.

Pegawai berkata, ujian dijadualkan tiga hingga lima tahun lalu, dan ia adalah pelancaran pertama seumpama itu tahun ini.

Beberapa dekad selepas Perang Dingin, AS masih memiliki ratusan ICBM Minuteman III.

Dalam masa 20 tahun, Tentera Udara AS akan menukar keseluruhan Minuteman III dengan peluru berpandu baru kini dikenali sebagai Ground Based Strategic Deterrent (GBSD). – AFP

Related Articles

Leave a Reply