Home PolitikBarisan Nasional ‘INSPIRASI RAKYAT AGENDA KAMI’: Manifesto BN Wilayah Persekutuan – Tengku Adnan

‘INSPIRASI RAKYAT AGENDA KAMI’: Manifesto BN Wilayah Persekutuan – Tengku Adnan

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 22 Apr – Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan bertemakan ‘Inspirasi rakyat agenda kami’ yang mengandungi lima teras utama membela segenap lapisan rakyat di Wilayah Persekutuan.

Pelancaran manifesto BN Wilayah Persekutuan telah disempurnakan oleh Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini.

Tengku Adnan berkata manifesto BN Wilayah Persekutuan yang berteraskan kesejahteraan dan keselesaan rakyat akan diteruskan pelaksanaannya selaras manifesto BN yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 7 April lalu.

Beliau turut menyatakan perumahan dan keselesaan fasiliti menjadi tumpuan utama Manifesto BN Wilayah Persekutuan. Sehingga akhir Mac 2018, pembinaan 88,917 unit rumah RUMAWIP di Wilayah Persekutuan melebihi daripada sasaran 80,000 unit sebagaimana yang ditetapkan pada tahun 2013 adalah bukti BN akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat di Wilayah Persekutuan.

Selain daripada itu, Rumah Transit untuk golongan belia yang masih tidak mempunyai rumah sendiri juga akan diteruskan.

Tengku Adnan berkata BN Wilayah Persekutuan mengetengahkan calon muda bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak

Program khas seperti membaiki rumah PPR dan kos rendah, pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan kemudahan bas sekolah percuma untuk penduduk di kawasan PPR juga dirancang dalam manifesto BN Wilayah Persekutuan kali ini.

Selain perumahan dan keselesaan, aspek kebajikan seperti mengeluarkan lesen penjaja di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu golongan gelandangan juga digariskan. Perancangan ini mensasarkan peluang pekerjaan kepada seramai 1,496 orang gelandangan di Kuala Lumpur.

Sementara itu dalam sidang akhbar, Tengku Adnan berkata, PRU-14 kali ini menyaksikan beberapa keunikan di mana tiga calon wanita diketengahkan di Kerusi Parlimen Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras.

“Kita juga ketengahkan calon golongan muda, Adnan Abu Seman untuk bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

“Selain itu PRU-14 kali ini juga kita telah pulangkan kerusi Parlimen Wangsa Maju kepada MCA dan ini adalah konsep muafakat yang diamalkan dalam BN,” katanya.

Dalam masa yang sama Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar telah mengumumkan calon Barisan Nasional Wilayah Pesekutuan yang akan bertanding bagi PRU 14.

P.114 Kepong – Ong Siang Liang

P.115 Batu – Dominic Lau

P.116 Wangsa Maju – Yew Teong Look

P.117 Segambut –  Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

P.118 Setiawangsa- Zulhasnan bin Rafique

P.119 Titiwangsa – Johari bin Abd Ghani

P.120 Bukit Bintang – Tan Ean Ean

P.121 Lembah Pantai – Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

P.122 Seputih – Chan Quin Er

P.123 Cheras – Heng Sinn Yee

P.124 Bandar Tun Razak – Adnan Bin Seman @ Abdullah

P.125 Putrajaya – Tengku Adnan Tengku Mansor

P.166 Labuan – Rozman Bin Isli

Related Articles

Leave a Reply