Perdana Menteri berkata, Malaysia memerlukan projek-projek rangsangan ekonomi terutamanya di kawasan yang sedang membangun dan kerajaan berharap agar pembangunan dapat dirasai di seluruh negara oleh setiap lapisan masyarakat.

“Bagaimanapun pembangkang mahu mencantas projek perangsang ekonomi ini sekiranya mereka memerintah negara.

“Sekiranya kesemua pembangunan ini dibatalkan, sebanyak 2.2 juta peluang pekerjaan akan hilang begitu sahaja, termasuk pekerja mahir yang berpendapatan lebih RM3,000,” katanya menerusi catatan dalam blognya, NajibRazak.com hari ini.