Home Semasa Proses masih diperingkat awal – Datuk Ayob Khan Mydin

Proses masih diperingkat awal – Datuk Ayob Khan Mydin

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 20 April – Proses bagi membawa pulang seorang wanita Malaysia yang berada di sebuah pusat tahanan di Syria, masih pada peringkat awal dan mengambil masa kerana proses itu memerlukan pembabitan banyak pihak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata perkara itu perlu dirujuk dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Wisma Putra, selain pihak yang berkenaan di Syria.

“Dalam keadaan sekarang, agak sukar untuk kita masuk ke Syria. Kita memerlukan kerjasama dan pembabitan banyak pihak.

“Kita perlu mempertimbangkan pilihan terbaik untuk diambil ketika ini kerana selain wanita itu, ada kira-kira 10 pasangan suami isteri lagi dikenal pasti masih berada di Syria.

“Kita akan cuba membawa keluar memandangkan mereka masih rakyat Malaysia, dan kebanyakan ditinggalkan ini pula wanita serta kanak-kanak. Bagaimanapun, kita perlu mengumpul butiran keadaan atau lokasi sebenar mereka. Sebaik maklumat itu diperoleh, barulah kita boleh merancang pelan seterusnya,” katanya.

Media pada 5 April lalu melaporkan seorang wanita Malaysia dipercayai berjuang bersama militan IS dan Daesh di Syria, meminta bantuan polis serta kerajaan bagi menyelamatkan dia serta anaknya yang ditahan di sebuah pusat tahanan di sana.

Perkara itu disampaikan ayahnya yang menghubungi Bukit Aman selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan merayu bantuan untuk pulang ke Malaysia.

Menerusi panggilan telefon itu, wanita berusia 30-an terbabit memberitahu dia dan empat anak kini berada di sebuah kem tahanan, manakala suaminya ditawan oleh pasukan militan Kurdishtan di penjara.

Ayob Khan berkata, walaupun usaha dilakukan untuk membawa wanita itu pulang, siasatan akan tetap dijalankan sebaik tiba di Malaysia nanti mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Kita akan melihat kes demi kes. Jika ia membabitkan wanita dan kanak-kanak, kita tidak akan tahan mereka di dalam penjara.

Related Articles

Leave a Reply