Home SemasaGlobal Gagal rundingan, Trump ‘tarik diri’

Gagal rundingan, Trump ‘tarik diri’

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 20 Apr – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan akan menarik diri daripada rundingan yang dijadualkan bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong-un sekiranya pertemuan tidak membuahkan hasil.

Bercakap ketika sidang media bersama Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di Florida, Trump berkata tekanan berterusan harus dikenakan terhadap  Pyongyang selagi ia tidak berhenti menghasilkan senjata nuklear.

Presiden negara Uncle Sam itu turut mengesahkan pertemuan awal antara Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo dan Jong Un menjelang persidangan Jun nanti.

Pertemuan pertama antara AS dan Korea Utara sejak tahun 2000 itu dilaporkan berjalan lancar dan berjaya membina ‘hubungan baik’.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, ada laluan cerah buat Korea Utara sekiranya ia berjaya menjalankan program nyahnuklearnya. Ia akan menjadi hari yang hebat untuk mereka dan seluruh dunia.”

Related Articles

Leave a Reply