Home Pertahanan dan Keselamatan Wanita juga mampu mempertahankan negara

Wanita juga mampu mempertahankan negara

by Noor Sheila Amin

Kuala lumpur, 19 Apr – Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, wanita juga mampu mempertahankan negara terutama dalam aspek keselamatan dalam menjaga dan mempertahankan negara.

“Dahulu kita ada pasukan infantri yang dianggotai golongan wanita. Bagaimanapun, kita ubah dan meletakkan mereka dalam pasukan sokongan serta bantuan tempur seperti artileri kerana faktor keluarga.

“Mereka menunjukkan kemampuan termasuk menjadi pegawai memerintah batalion dan menunjukkan penglibatan mereka dalam kerja yang didominasikan oleh kaum lelaki begitu besar sekali. Dalam proses mempertahankan negara ia sebenarnya menjadi tanggungjawab semua,” katanya.

Dato’ Suriani Ahmad, memakaikan pin ‘Women Support’ kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Tanda terima kasih, Dato’ Suriani Ahmad, KSU Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat memakaikan pin ‘Women Support’ kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri forum ‘Empowering Women In Defence And Security Service’sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018 hari ini.

Related Articles

Leave a Reply