Home Pertahanan dan Keselamatan AMSAS cemerlang di Asia Tenggara

AMSAS cemerlang di Asia Tenggara

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 17 Apr – Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia memaklumkan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) bakal menjadi pusat latihan yang cemerlang di Asia Tenggara setelah menandatangani perjanjian persefahaman latihan bersama Japan International Cooperation Agency Japan International Cooperation Agency (JICA) dalam bidang keamanan maritim.

Menurut beliau, AMSAS pernah menjalani beberapa kursus latihan antarabangsa dengan kerjasama JICA dan Japan Coast Guard bagi memantapkan lagi kemahiran maritim Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Maritim Malaysia dan JICA telah menandatangani Memorandum Persefahaman bagi kerjasama Project on Enhancing Education and Training Capacity of MMEA and Encouraging Cooperation Among Neighbouring Countries di MITEC, hari ini.

“Perjanjian ini termasuk latihan oleh pakar JICA, dimana para peserta diminta merangka perancangan untuk sebuah sesi dialog antarabangsa dengan agensi-agensi keselamatan maritim dari negara-negara jiran. Para peserta akan diberi satu tugasan untuk merancang satu eksesais penguatkuasaan undang-undang maritim yang sebenar sepanjang tempoh projek tersebut.

“Latihan ini akan diadakan di AMSAS, Kuantan Pahang dan juga di Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya selama tiga tahun bermula dari ketibaan pakar dari JICA pada 21 Mei 2018.

“Salah satu aktiviti di dalam Maritim Malaysia dan JICA akan memantau perjalanan dan prestasi projek ini dan bakal disemak setiap enam bulan sekali, katanya.

“Maritim Malaysia telah berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran apabila Maritim Malaysia menjadi satu-satunya penguatkuasa di Zon Maritim Malaysia, ujarnya lagi.

Oleh itu, dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut, Maritim Malaysia akan terus memantapkan ilmu dan latihan berdasarkan kemahiran yang diperolehi daripada tenaga-tenaga pengajar menerusi kursus-kursus yang pernah dijalankan oleh JICA sebelum ini.

Related Articles

Leave a Reply