Home Pertahanan dan Keselamatan ‘Malaysia Army Pavilion’ pamer keupayaan tentera darat

‘Malaysia Army Pavilion’ pamer keupayaan tentera darat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018, Tentera Darat (TD) telah menubuhkan Malaysian Army Pavilion, bertujuan untuk mempamerkan keupayaan TD di dalam era digital.

Pavilion itu turut menampilkan bilik operasi divisyen TD yang berupaya mengawal aktiviti latihan dan operasi secara masa nyata.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, pavilion berkonsepkan TD yang moden melalui integrasi rangkaian efektif itu meliputi aspek sensor, perintah, kawalan dan platform sistem persenjataan bagi membantu pasukan mencapai integrasi serta pengawasan berkala berdasarkan situasi secara masa nyata.

“Platform yang terhasil ini juga adalah kejayaan kolaborasi antara TD dan pemaju industri tempatan.

“Sistem yang dipamerkan di Malaysian Army Pavilion merangkumi galeri pameran di koridor dan bilik operasi divisyen di bahagian dalam,” menurut kenyataan itu.

Galeri pameran di koridor memaparkan anggota yang dilengkapi dengan teknologi Future Soldier System (FSS) serta Satellite Communication Manpack System yang berkemampuan menyediakan rangkaian perhubungan antara pasukan yang terlibat.

Related Articles

Leave a Reply