Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Harapan bakal retak, PAS tak akan jadi alat kepada pihak lain – Tuan Ibrahim

Harapan bakal retak, PAS tak akan jadi alat kepada pihak lain – Tuan Ibrahim

by Nurulhuda

PASIR PUTEH, 15 Apr – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pakatan Harapan bakal retak, apabila sebahagian pemimpinnya melompat keluar parti.

Tambahnya lagi, kekeruhan akan berlaku sekiranya lebih ramai calon daripada parti Bersatu menang dalam PRU14.

“Pemimpin PKR yang kecewa berkemungkinan besar melompat parti sebab Bersatu naik kerana simbolnya, tidak mustahil penyokong Harapan akan dikecewakan.

“Pengalaman kita, pemimpin PKR dan DAP yang melompat parti, sebab itulah Pas lebih selesa bersendirian, susah nak menang lebih baik daripada menjadi alat kepada pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Pilihanraya Pas Kawasan Pasir Puteh di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh, malam tadi.

Beliau berkata, gelombang Pas bersama rakyat di seluruh negara ketika ini sangat kuat yang membakar semangat pemimpin untuk terus berjuang.

“Kita nampak kebangkitan ini tapi kita tidak boleh ‘over confident’ dan kita juga tidak pasif dalam mengatur gerak kerja pilihanraya.

“Kalau Pakatan Harapan nak selamatkan Malaysia dengan mengangkat pemimpin tertentu, kita Pas nak selamatkan Malaysia dengan Islam,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply