Teras lain adalah isu penyelesaian masalah perumahan rakyat; masalah kesesakan lalu-lintas dan pembangunan ekonomi.

Turut dimasukkan sebagai teras manifesto itu adalah pembangunan kesejahteraan rakyat dan penggalakan sektor pelancongan dan warisan.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow bersama pimpinan BN Pulau Pinang

Sementara itu, berucap ketika melancarkan manifesto tersebut, Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, manifesto berkenaan dirangka dengan mengambil kira pandangan serta maklum balas kesemua parti komponen BN yang bergerak mengumpul maklum balas daripada rakyat.

Jelas beliau, manifesto itu juga bukan hanya janji semata-mata, tetapi akan dipastikan dapat dilaksanakan menerusi mandat yang diberikan oleh rakyat.

“Manifesto ini juga bukan hanya mengambil kira faktor masa untuk dilaksanakan, tetapi keikhlasan dan kesungguhan kita untuk berbakti kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran manifesto BN negeri di sini hari ini yang dihadiri barisan kepemimpinan komponen parti tersebut termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.