Home SemasaGlobal Trump arahkan serangan terhadap Syria

Trump arahkan serangan terhadap Syria

by M.Daim

WASHINGTON, 14 Apr – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengarahkan serangan ketenteraan terhadap fasiliti persenjataan kimia milik Syria.

Laporan Reuters memetik kenyataan Trump, Perancis dan Britian menyertai operasi ketenteraan bersama dalam menentang penggunaan senjata kimia oleh Syria sehingga kerajaan pimpinan Bashar Al-Assad berhenti menggunakan persenjataan kimia.

Operasi ketenteraan tersebut dilancarkan sebagai tindak balas kepada serangan gas di Syria pada minggu lalu.

Related Articles

Leave a Reply