Home Pertahanan dan Keselamatan Isu Tanah ATM: Rafidah ada niat tersembunyi – Hishammuddin

Isu Tanah ATM: Rafidah ada niat tersembunyi – Hishammuddin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 April – Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyifatkan tindakan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya bertujuan untuk menyerang Perdana Menteri, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau menegaskan ia kerana tuduhan penswastaan tanah ATM itu adalah tidak berasas malah tanpa fakta.

Sedangkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, perkara tersebut boleh sahaja dirujuk serta dijawab oleh pihak-pihak berkepentingan seperti Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Satu Anggota Satu Rumah di Kem Transmitter di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin percaya pendirian pihak yang membuat tuduhan itu akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan jawapan yang diberikan kepada mereka.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata, sebarang jawapan yang diberikan tidak akan memenuhi kehendak pihak terbabit.

“Saya mahu nasihat kepada semua pihak berkepentingan, jangan jawab isu yang sudah dijawab berkali-kali. Kena hati-hati ini, kerana apa saja jawapan yang kita beri tidak akan pernah memenuhi kehendak mereka,”

“Saya tidak akan layan politik dan strategi sebegitu rupa,” tegas beliau.

Related Articles

Leave a Reply