Home Pertahanan dan Keselamatan Program SASaR: Kebajikan anggota ATM, warga awam MINDEF, dan veteran dibela

Program SASaR: Kebajikan anggota ATM, warga awam MINDEF, dan veteran dibela

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Apr – Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir merasmikan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kem Transmitter, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor serta Panglima-panglima perkhidmatan.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Hasbollah menyatakan peruntukan sejumlah rumah untuk veteran adalah penghargaan kepada golongan itu. Foto: Air Times News Network.

Pada pelancaran itu, sebanyak 3,500 unit rumah mampu milik akan dibina khusus untuk anggota, veteran ATM, warga awam Kementerian Pertahanan dan ahli keluarga mereka. Daripada jumlah tersebut, 1,260 unit diperuntukkan kepada anggota perkhidmatan dan 540 unit kepada veteran Tentera Darat, 420 unit untuk anggota perkhidmatan dan 180 unit kepada veteran Tentera Laut Diraja Malaysia, dan 420 unit kepada anggota perkhidmatan dan 180 unit kepada veteran Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pada masa yang sama, 500 unit pula diperuntukkan kepada warga awam Kementerian Pertahanan.

Timbalan Panglima Tentera Darat merangkap Pengerusi Bersama Teras Perumahan, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi menyatakan peruntukan sejumlah rumah kepada warga veteran ATM menunjukkan bahawa jasa dan khidmat veteran tidak pernah dilupakan. 

“Program SASaR adalah satu usaha yang murni dalam menjaga kebajikan setiap anggota,” Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berasa kagum dengan kejayaan agenda Teras Perumahan Kementerian Pertahanan Malaysia. Dalam ucapan majlis, beliau menyatakan hasrat Program SASaR adalah satu usaha yang murni dalam menjaga kebajikan setiap anggota.  Tambah beliau, anggota dan veteran ATM yang dipilih bawah program SASaR hari ini beruntung kerana mampu memiliki rumah di Kuala Lumpur dibawah harga RM 200 ribu.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin dalam ucapan perasmian menegaskan bahawa program SASaR adalah satu lagi kejayaan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Saya nekad untuk berusaha sehabis baik membela kebajikan perajurit, veteran ATM dan ahli keluarga mereka,” ujar Hishammuddin.

“Saya nekad untuk berusaha sehabis baik membela kebajikan perajurit, veteran ATM dan ahli keluarga mereka,” Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Adalah tidak adil dan tidak wajar sekiranya, setelah berkorban nyawa dan tenaga kepada negara, kehidupan mereka dan keluarga dalam keadaan yang tidak selesa dan sempurna,” tambah beliau.

Beliau menegaskan, agenda SASaR mesti dilaksanakan sehingga berjaya dan tiada kompromi.

Program SASaR merupakan satu program berskala besar dan dilaksanakan secara berperingkat.

“Ini inisiatif besar yang pertama seumpamanya oleh Kementerian Pertahanan,” kata Hishammuddin.

“Walaupun berskala besar, program SASaR hanyalah sebahagian dari keseluruhan agenda perumahan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Program SASaR merupakan salah satu fokus yang terdapat dibawah Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan. Racangan blueprint tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan di Port Dickson pada 3 April 2018 lalu.

Related Articles

Leave a Reply