Home SemasaGlobal Rusia bakal memperketatkan kawalan penggunaan dron oleh umum

Rusia bakal memperketatkan kawalan penggunaan dron oleh umum

by M.Daim

MOSKOW, 10 Apr – Tentera Rusia menggesa pihak Moskow untuk mengubal rang undang-undang baharu untuk mengawal penggunaan dan penjualan dron di negara itu. Kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Komander Pasukan Pertahanan Udara Rusia, Major Jeneral Sergey Babakov.

Sergey menyuarakan kebimbangan beliau kepada stesen radio Ekhno Moskvy bahawa penggunaan dron yang tidak terkawal oleh orang awam di negara itu akan mendatangkan bahaya.

“Dron sebegini boleh didapati dengan mudah dan dilancarkan darii mana-mana sahaja serta boleh mendatangkan bahaya kepada semua pihak,” kata Sergey Barbakov dalam satu wawancara radio.

Tambah beliau, dron sebegini adalah sukar untuk dikesan dan percaya kawalan undang-undang adalah langkah pertama untuk mengawal penggunaan dron di negara itu. Akan tetapi, beliau tidak menolak penggunaan sistem peperangan elektronik untuk membendung ancaman dron di negara itu.

Moskow telah mengeluarkan laporan mengenai ancaman dron oleh pihak pengganas pada peringkat global. Dron yang digunakan kebanyakannya dron komersil dan persendirian yang telah diubahsuai.

Pada Januari lalu, Kementerian Pertahanan Rusia mendedahkan bahawa dron telah digunakan secara meluas oleh pengganas dan dioperasikan pada peringkat global. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Rusia selepas Pangkalan Udara Khmeimim dan pelabuhan di Tartus, Syria diserang dengan menggunakan dron yang telah diubahsuai.

Undang-undang semasa di Rusia mewajibkan pendaftaran dron yang mempunyai berat di antara 250 gram ke 30 kilogram dan diwajibkan untuk mempunyai tetanda khusus.

Penggunaan dron di zon berpopulasi tinggi pula memerlukan kebenaran oleh pihak berkuasa sementara sesetengah kawasan penting telah diisytiharkan sebagai zon larangan terbang dron.

Menurut Ruptly, undang-undang dron oleh Rusia meletakkan tanggungjawab seorang operator dron setaraf dengan seorang juruterbang biasa, yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan kawasan sekeliling dan dron setelah ia dilancarkan ke udara.

Related Articles

Leave a Reply