Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PRU14: Merompak hak mengundi rakyat – Tuan Ibrahim

PRU14: Merompak hak mengundi rakyat – Tuan Ibrahim

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 10 Apr – PAS kesal tindakan SPR menjadikan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah merompak hak mengundi rakyat yang berada diluar kawasan bagi membuang undi.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini menandakan BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN yang sedang bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi.

“Walaupun kerajaaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu”, katanya

“Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada’, tambahnya lagi.

Tuan Ibrahim berkata pelbagai persoalan timbul selepas Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan hari pengundian bagi PRU ke-14 ditetapkan pada 9 Mei 2018.

“Apakah kakitangan swasta akan sanggup mengambil cuti sehari sahaja untuk kembali mengundi? Ataupun mereka sanggup korbankan 3 hari untuk mengambil cuti agar bersambung dengan hari minggu untuk memudahkan perjalanan? ujarnya lagi.

“Apa masalah bagi SPR menjadikan hari Sabtu pada 1 atau 5 Mei sebagai hari pengundian kerana ia akan memudahkan semua pengundi?, ujar beliau.

Menurut beliau, PAS akan mengadakan mesyuarat segera bagi mengambil tindakan selanjutnya. Namun PAS mengecam tindakan SPR ini yang merompak demokrasi. Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk diundi dan mensasarkan 85% keluar mengundi di PRU14 tapi melaksanakan hari pengundian di hari bekerja yang menyebabkan ramai rakyat tidak jadi mengundi?

 

 

Related Articles

Leave a Reply