Home SemasaGlobal Korea Utara sedia bincang langkah nyahnuklear

Korea Utara sedia bincang langkah nyahnuklear

by Noor Sheila Amin

Washington, 9 Apr – Pegawai di Washington, semalam mendakwa Korea Utara memaklumkan kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa mereka sedia berbincang langkah nyahnuklear.

Menurutnya, wakil kedua-dua negara terbabit menghubungi antara satu sama lain secara rahsia yang mana Pyongyang menghantar mesej secara terus tentang hasrat untuk mengadakan sidang kemuncak berhubung perkara tersebut.

Ia bagaimanapun enggan memberitahu bagaimana ‘komunikasi’ antara AS-Korea Utara itu berlangsung.

 The Wall Street Journal turut melaporkan berita sama memetik kenyataan ‘pegawai pentadbiran Trump’ yang enggan identitinya didedahkan.

Bulan lalu, wakil Korea Selatan ketika berkunjung ke Rumah Putih menyuarakan hasrat Jong-un untuk bertemu Trump yang dipersetujui secara serta merta pemimpin terbabit.

Sehingga kini, Pyongyang tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengesahkan tentang sidang kemuncak itu walaupun ketika kunjungan Jong-un ke Beijing awal bulan lalu yang merupakan lawatan pertama beliau ke negara luar sejak mengambil alih kuasa daripada bapanya, Kim Jong-il yang meninggal dunia pada 2011.

Related Articles

Leave a Reply