Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Laut Ireland dalam krisis sumber manusia

Tentera Laut Ireland dalam krisis sumber manusia

by M.Daim

Ireland, 7 Apr – Irish Examiner hari ini melaporkan situasi yang genting dihadapi oleh Tentera Laut Ireland. Masalah yang dihadapi oleh angkatan laut negara itu adalah kekurangan tenaga sumber manusia yang berpunca dari sambutan kerjaya yang kurang menggalakkan.

Menurut laporan tersebut, pihak tentera laut negara itu telah menerima sebanyak 814 pemohonan. Namun, kebanyakan calon gagal melepasi ujian psikometri dan ujian perubatan serta temuduga.

Jumlah calon yang lulus untuk menjadi rekruit adalah seramai 26 orang, kurang daripada angka minimum iaitu seramai 48 orang.

Presiden pertubuhan PDForra, Mark Keane, menyatakan kekurangan bilangan ahli rekrut berkelayakan adalah satu perkembangan yang membimbangkan dan akan membawa padah di masa hadapan.

“Kita tidak mampu untuk memenuhi keperluan semasa, dan kita kekurangan tenaga pelapis. Ini adalah satu krisis!””

Tambah beliau, seramai 60 orang anggota Tentera Laut Ireland akan bersara pada tahun ini. Walaupun begitu, beliau turut memberikan isyarat bahawa terdapat anggota memilih untuk berhenti awal.

Pada ketika ini, angkatan laut negara itu mengalami krisis tenaga kerja untuk bahagian kejuruteraan, tukang masak, juruterbang, kawalan udara, pakar pemusnah bom dan pakar keselamatan siber.

PDForra yang merupakan persatuan tetap yang mewakili pasukan tentera negara itu turut memberikan amaran bahawa bilangan penduduk yang berminat dengan kerjaya tentera semakin berkurangan.

Selain daripada itu, pasukan perkhidmatan lain turut mengalami kekurangan bilangan pegawai.

Portal tersebut memetik kajian wawancara salah seorang subjek kajian oleh University of Limerick pada tahun 2016.

Dalam wawancara tersebut, subjek telah menyuarakan bahawa kebanyakan anggota tetap tidak menggalakkan penglibatan orang muda kerana mempunyai gaji yang lebih rendah.

Menteri Pertahanan Ireland, Paul Kehoe dilaporkan telah menghantar cadangan untuk menaikkan gaji kumpulan pakar dalam pasukan pertahanan Ireland.

Related Articles

Leave a Reply