Home Pertahanan dan Keselamatan Tempoh perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan hingga 23 April – Pesuruhjaya Polis Sabah

Tempoh perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan hingga 23 April – Pesuruhjaya Polis Sabah

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 7 Apr – Tempoh perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 6 petang ini dilanjutkan hingga 23 April, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Beliau berkata dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan tersebut diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan antara 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Ramli berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan.

Related Articles

Leave a Reply