Home SemasaGlobal Scoot diancam bom

Scoot diancam bom

by Noor Sheila Amin

Singapura, 6 April – Penerbangan tambang murah milik Singapore Airlines, Scoot, berkata sebuah pesawat miliknya yang dalam perjalanan ke Thailand berjaya mendarat dengan selamat di sini, selepas menerima ancaman bom.

Menurut syarikat penerbangan terbabit, pesawat TR634 yang sedang menuju ke Hat Yai itu, berjaya kembali ke Singapura dengan diiringi tentera udara negara itu.

Katanya, mereka kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan semua penumpang.

Related Articles

Leave a Reply