Home PolitikPakatan Harapan PH perkenalkan logo bersama esok – Tun M

PH perkenalkan logo bersama esok – Tun M

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 5 Apr – Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka memperkenalkan logo bersama semasa ceramah besar-besaran mereka di Pasir Gudang, Johor, esok.

Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan muktamad berhubung logo mana daripada empat parti komponen itu telah dipilih semasa mesyuarat majlis presiden pagi ini.

“Seperti saya katakan sebelum kita akan menggunakan satu logo, tetapi kita tidak kata logo mana.

“Kita sudah buat keputusan tetapi akan hanya umumkannya esok di Pasir Gudang,” kata Mahathir semasa sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Beliau berkata mesyuarat pagi ini diadakan memandangkan parlimen dijangka dibubarkan dalam masa terdekat.

“Sudah tentu kerajaan mahu perangkap kita supaya mereka boleh menipu.

“Tetapi kita berusaha menangani isu-isu ini, termasuk kemungkinan pembubaran BERSATU,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply