Home Pertahanan dan Keselamatan Kaedah berlembut dan menangani naratif merupakan pendekatan terbaik menentang keganasan – Hishammuddin

Kaedah berlembut dan menangani naratif merupakan pendekatan terbaik menentang keganasan – Hishammuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Apr – Kaedah berlembut dan menangani naratif merupakan pendekatan terbaik bagi menentang keganasan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Penggunaan kuasa ketenteraan sahaja belum cukup bagi menewaskan Daesh seperti di Timur Tengah apabila kumpulan militan ini menggunakan ideologi sebagai senjata utama mereka.

“Doktrin keagamaan hendaklah diajar secara jelas dan bukan untuk mewajaran ucapan kebencian, pembunuhan beramai-ramai dan serangan bunuh diri,” katanya dalam ucapan alu-aluan sebagai hos kepada bekas jeneral tentera Amerika Syarikat David H. Petraeus ketika sessi dialog interaktif di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) semalam.

Hishammuddin, yang juga Menteri dengan Tugas Khas berkata sungguhpun situasi di Asia Tenggara pada umumnya adalah aman, namun sebarang bentuk ancaman keganasan tidak harus dipandang ringan.

Sementara itu , Petraeus yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Perisikan Pusat bersetuju dengan pandangan Hishammuddin dan menambah bahawa jawapan yang tepat bagi menangani Daesh adalah menerusi pendekatan komprehensif.

“Terdapat paradoks dalam hal ini bahawa anda tidak boleh melawan keganasan (seperti Daesh) menerusi operasi kaunter pengganas, tetapi anda memerlukan langkah-langkah yang lebih dinamik untuk menawannya,” kata beliau.

Related Articles

Leave a Reply