Home SemasaGlobal Israel perlu laksana kekangan insiden di Gaza

Israel perlu laksana kekangan insiden di Gaza

by Noor Sheila Amin

Paris, 2 April: Perancis semalam menggesa Israel menunjukkan kekangan susulan tindak balas ketenteraan terhadap penunjuk perasaan Palestin di sempadan Gaza-Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang.

Seorang jurucakap Kementerian Luar berkata, pihaknya mengingatkan kerajaan Israel terhadap tugas melindungi orang awam dan menggesa mereka menunjukkan kekangan terbesar.

 “Perancis juga mahu mengingatkan Israel, penduduk Palestin berhak untuk membuat demonstrasi secara aman,” tambah jurucakap itu.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman menolak gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini dan pemimpin lain untuk satu siasatan bebas terhadap insiden berkenaan.

Sementara di Istanbul, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menggelar rakan sejawatannya dari Israel, Benjamin Netanyahu seorang pengganas semalam, memuncakkan pertukaran penghinaan yang bermula selepas beliau mengkritik tindak balas maut rejim Zionis ketika menangani bantahan di sempadan Gaza.

Related Articles

Leave a Reply