Home PolitikPakatan Harapan GST cukai yang regresif, bebankan golongan pendapatan rendah – Manivannan

GST cukai yang regresif, bebankan golongan pendapatan rendah – Manivannan

by Air Times News Network

KLANG, 1 Apr – Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus telah berkuatkuasa pada 1 April 2015 lepas. Hari ini dengan peritnya, rakyat Malaysia daripada semua pelosok bangsa menyambut ulangtahun GST yang ke tiga tahun.

Ahli Parlimen Kapar, Manivannan a/l Govindasamy berkata ketika kempen PRU13 lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan janji bahawa sekiranya Pakatan menang, rakyat tidak akan dibelenggu dengan GST yang membebankan dan menderita ini.

Namun begitu, keputusan PRU13 memihak kepada UMNO BN dengan hanya mendapat 48 peratus undi popular masyarakat Malaysia. Senario ini mengakibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meneruskan takhta UMNO BN untuk mentadbir Putrajaya, katanya ketika berucap pada Jelajah Bina Semula Negara di Klang hari ini.

Beliau berkata sejurus selepas PRU13, hadiah istimewa Najib kepada masyarakat Malaysia ialah GST.

‘Walaupun, rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, kenaikan kos sara hidup, penurunan mata wang Malaysia, kenaikan gaji yang tidak selaras dengan keadaan ekonomi semasa, penurunan mata wang Malaysia, penyelewengan dan rasuah berleluasa, tetapi Najib dan UMNO BN memilih jalan pintas untuk melaksanakan cukai GST’, ujar beliau.

‘Cukai GST adalah cukai yang regresif, dan cukai yang membebankan golongan pendapatan rendah serta cukai yang menghisap darah warga miskin.

Ironinya, dengan pelaksanaan cukai GST, sememangnya pendapatan kerajaan UMNO BN naik mendadak, hampir RM42 bilion tetapi rakyat biasa daripada setiap pelusuk negeri, dari bandar ke luar bandar, kampung dan estet, kawasan bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak, masih hidup dalam pelbagai kesusahan dan penderitaan’, ujar beliau lagi.

Menurutnya kini tiba masanya rakyat Malaysia menggunakan kebijaksanaan semasa mengundi dalam PRU14.

‘Rakyat tidak seharusnya terpukau dengan dedak dan wang ringgit yang ditaburkan, dengan media yang dikawal oleh UMNO/BN, dengan segala janji – janji manis semasa kempen pilihanraya, dengan lambakan poster, kain rentang dan bendera.

Nilai setiap undi, adalah nilai masa depan negara, nilai martabat dan intergriti negara, nilai masa depan anak-anak, cucu cicit generasi negara’, kata beliau.

 

 

Related Articles

Leave a Reply