Home Semasa Pesta Bola Jaring tarik perhatian wanita Raub

Pesta Bola Jaring tarik perhatian wanita Raub

by Noor Sheila Amin

Raub, 31 Mac -Pesta Bola Jaring Anak Raub 2018 anjuran Kelab Anak Raub dan Puteri UMNO Bahagian Raub telah diadakan di padang Dataran Majlis Daerah Raub, Pahang hari ini.

Seramai 32 pasukan berentap bagi merebut kejuaraan sulung Pesta Bola Jaring Anak Raub 2018 yang julung kalinya diadakan di Raub, Pahang.

Presiden Kelab Anak Raub, Encik Fadzli bin Mohamad Kamal berucap semasa majlis perbukaan Pesta Bola Jaring Anak Raub

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden Kelab Anak Raub, Encik Fadzli bin Mohamad Kamal.

Tujuan pertandingan Pesta Bola Jaring Anak Raub ini adalah berikutan permintaaan suara rakyat yang mahukan sukan Bola Jaring diadakan bagi memberi peluang kepada kaum Wanita untuk bergiat aktif.

‘Sebelum ini Kelab Anak Raub telah mengadakan pesta Liga Bola Sepak, dan beliau telah banyak menerima komen dari media sosial Kelab Anak Raub tentang cadangan bagi melaksanakan pertandingan sukan bola jaring untuk kaSehubungan itu, Kelab Anak Raub telah mengambil kira pendapat dan suara dari kaum wanita Raub’ jelasnya ketika sidang media diadakan.

Menurut beliau, Kelab Anak Raub telah berkerjasama dengan Puteri Umno Raub untuk bersama-sama menjayakan pesta ini, manakala dari segi sambutan penyertaan amat menggalakkan dari penduduk daerah Raub.

Turut menaja pesta Bola Jaring Anak Raub ini daripada syarikat Roadcare Sdn Bhd sebagai penaja utama dan turut mengumumkan penambahan jumlah wang kepada para pemenang, pengadil dan pengurus bagi menaikkan lagi semangat untuk bersukan dikalangan kaum wanita’ ujarnya lagi.

“Penyertaan dan kehadiran peserta Pesta Bola Jaring hari ini membuktikan sokongan yang tinggi daripada kaum wanita di Raub kerana beliau tidak menjangkakan penyertaan yang begitu ramai pada hari ini”, katanya.

Melihat kepada sambutan yang meriah oleh rakyat Raub, berkemungkinan program ini akan dianjurkan pada setiap tahun bergantung kepada tajaan-tajaan yang diperolehi’ katanya lagi.

Pesta Bola Jaring Anak Raub 2018 dimulai dengan perarakan masuk 32 pasukan-pasukan yang bertanding dan ucapan perasmian oleh Presiden Kelab Anak Raub sekaligus merasmikan pesta pada hari ini.

Acara senamrobik juga diadakan sebelum pertandingan bola jaring dimulakan

Acara senamrobik menjadi pembuka acara sebelum pertandingan bola jaring dimulakan di tiga padang serentak.

Turut hadir Naib Ketua Umno Bahagian Raub, Dato’ Ir Hj Azinudin bin Abd Rahim dan Ketua Puteri Umno Bahagian Raub, Puan Fatimah bt Md Noh.

Related Articles

Leave a Reply