Home PolitikBarisan Nasional Pemimpin, jentera BN Johor ketepikan hal remeh-temeh – Zahid

Pemimpin, jentera BN Johor ketepikan hal remeh-temeh – Zahid

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 23 Mac – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan jentera BN negeri ini supaya mengetepikan hal remeh-temeh dan perbezaan antara komponen dalam menawan hati pengundi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata masalah bengik antara jentera BN perlu diselesaikan sepenuhnya dengan segera memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Kita (BN) telah lakukan latihan dan simulasi pilihan raya. Saya harap apa yang kita lakukan, jika ada kesilapan, perbaiki semula. Kita ambil hati semua pengundi kita.”

“Kita ketepikan perbedaan antara kaum, ajak MCA, MIC, Gerakan, MyPPP, Kimma, Friends Of BN, NGO, kita adalah bangsa Johor. Kita ketepikan perbedaan itu kerana kita berada di bawah panji-panji sama iaitu BN,” katanya semasa berucap melancarkan Jentera BN Johor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pengerusi-pengerusi komponen BN Johor.

Related Articles

Leave a Reply