Home PolitikBarisan Nasional Pemilihan calon bukan atas dasar individu – Dr Zambry

Pemilihan calon bukan atas dasar individu – Dr Zambry

by Air Times News Network

IPOH, 29 Mac- Pemilihan calon bukan berdasarkan hak individu atau sesuatu parti tetapi menekankan kepentingan BN secara keseluruhan.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, strategi yang akan disusun adalah strategi kemenangan dan tidak memikirkan soal individu atau parti tertentu.

Menurutnya, apa yang dilakukan ini adalah bagaimana BN berjaya mencapai kemenangan dan membentuk kerajaan.

“Maka kita ada langkah-langkah strategi dan taktikal yang akan diumumkan nanti, namun kita tetap adakan perbincangan dalam kalangan BN berdasarkan semangat consensus building yang ada dalam BN.

“Paling penting BN akan mengetengahkan calon yang akan dipilih rakyat sebagai wakil rakyat kawasan mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam.

Mengulas mengenai kemungkinan berlaku perebutan kerusi,  menteri besar itu berkata, ia adalah biasa dalam mana-mana parti namun apabila keputusan dibuat, semuanya adalah muktamad.

“Apabila BN umumkan itu adalah calon, mereka perlu sokong. Namun disebabkan itu kawasan mereka dan tidak dipilih menjadi calon, golongan ini memilih untuk tidak menyokong.

“Jika tidak mahu sokong, mereka bukan ahli BN. Siapa sahaja boleh beritahu itu kerusi mereka tetapi apabila keputusan dibuat BN, ia adalah muktamad,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply