Home PolitikBarisan Nasional Jentera BN Johor sedia berperang – Ayub

Jentera BN Johor sedia berperang – Ayub

by Air Times News Network

BATU PAHAT, 27 Mac – Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Negeri Johor yang dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat ini merupakan permulaan secara besar-besaran untuk BN Negeri Johor berperang di medan politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, setiap jentera yang ada di Negeri Johor perlu bersiap sedia kerana mereka sudah tidak boleh untuk menoleh ke belakang lagi.

“Cabaran terlalu hebat berada di hadapan dan asakkan kuat daripada parti-parti di dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menggempur Negeri Johor.

“Maka setiap ahli BN perlu mempunyai kekuatan dalaman dan bersedia dalam apa jua keadaan untuk kita bekerja lebih kuat bagi memenangi hati rakyat untuk bersama-sama dengan kerajaan BN, katanya ketika sidang media di Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia 2018 Peringat  Negeri Johor, di ADTEC Batu Pahat, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply