Home Semasa Baju merah akan patahkan gerakan dan demontrasi Bersih

Baju merah akan patahkan gerakan dan demontrasi Bersih

by Air Times News Network

AMPANG, 27 Mac – Kumpulan ‘baju merah’ yang diterajui Datuk Seri Jamal Md Yunos dijangka akan ‘menghalang’ Bersih jika NGO berkenaan berhimpun untuk  membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan semula Pilihan Raya di Parlimen, esok, iaitu hari laporan berhubung perkara itu dijangka akan dibentangkan.

Pemimpin Baju Merah, Jamal berkata, pihaknya akan menghalang ‘hasrat’ Bersih pada hari tersebut.

“Kami tidak akan teragak-agak melakukan apa sahaja untuk mematahkan gerakan dan demostrasi yang tidak bermoral serta tidak bermaruah yang dilakukan oleh Bersih,” katanya,semalam.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan himpunan Bersih itu akan diketuai Mohamad Sabu.

“Bagi saya biarlah Parlimen yang menentukan tentang persempadanan baharu itu sama ada ia diluluskan atau tidak, biar Ahli Parlimen bersidang untuk membuat keputusan,” katanya.

Menurutnya, campur tangan Bersih dalam perkara ini hanya provokasi yang melampau untuk menyemarakkan kebencian masyarakat kepada kerajaan.

“Sebenarnya persempadanan semula ini sudah lama dibincangkan, kemudian diusulkan di Parlimen

“Kami tidak teragak-agak akan menghimpunkan 5,000 hingga 10,000 orang pada Rabu ini di hadapan Parlimen, jika baju kuning muncul.

“Kami akan memantau pegerakkan kumpulan Bersih, kami akan berada di kawasan sekitar, jika kami melihat ada gerakan kumpulan ‘baju kuning’, kami akan terus berhimpun di sekitar kawasan Parlimen,” katanya.

Jamal berkata, beliau telah mengarahkan peguam kumpulan ‘baju merah’ memohon perintah mahkamah untuk menghalang Bersih daripada melakukan kekacauan di Parlimen.

“Kami juga akan membuat laporan polis terhadap Bersih, kami juga bersedia terhadap apa juga rintangan dan risiko, paling mustahaknya kami tidak akan merelakan Bersih mengadakan perhimpunan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply