Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, sepasukan anggota Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) dari Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Briged) berjaya menahan PATI terbabit yang terdiri daripada 16 lelaki dan lima wanita serta berumur antara 19 hingga 50 tahun.

Tambahan beliau, kesemua PATI berkenaan ditahan ketika sepasukan anggota Batalion 4 RRD sedang melakukan operasi di sekitar kawasan pagar keselamatan sempadan tersebut.

“Kumpulan PATI terbabit dikesan ketika mereka cuba menyusup ke negara ini melalui denai menuju ke sempadan Malaysia-Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Azizi, pihaknya turut merampas 13 beg galas mengandungi pakaian, telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM875.70, mata wang Thailand (7,794.50 Baht) dan mata wang Myanmar (137,796.00 Kyats).